Wednesday, June 10, 2009

Announcement

Actually i dah moved ke new blog.. so feel free to check out there.. thanks..

http://fareenlife.blogspot.com

:)

Friday, April 24, 2009

Kain2.. Tudung2..

Wah2,, jangan tak tau.. sekarang ni dah jadi dealer kain untuk Yanie.. so, usung la beg tarik dia.. (hehe.. tak ubah macam budak2 AF kuar akademi..) alhamdullilah banyak gak terjual.. n today n tomorrow adalah hari menjadi ceti sedunia.. :) yeah2.. ready yer kawan2...

Cabid demam....

Hari ni 23 April 2009, bday Isya yang ke-2! Hepi bday Cha.. Moga happy selalu.. Sorila Linlin lupa nak bawak hadiah Cha padahal dh ada pun.. n today is Salary Day!! Kalau ibu tak bagi hadiah, bagitau Linlin babab dia.. sebab hari gaji.. Walaubagaimanapun, on this happy day.. Cabid demam lah plak.. Cikgu dia kata dia muntah aja.. em.. panas.. masa amik dia pun macam tak bermaya jer.. nak jalan pun xlarat.. cian dia... tapi cikgu dia kata alhamdullilah dia masih ada selera nak minum susu n selera nak makan... oklah tu kan..
So tadi pa balik jer bawak g klinik Nisa.. n confirm dia demam.. 38 c suhu badan dia.,. n kuar jer dari bilik doktor dia muntah.. abis baju aku n baju dia.. hehe.. dah lama tak kena muntah budak2 ni.. yalah kan dah besar.. jarang pun muntah. lagi2 Abid yang memang jarang muntah.. em...
Dah mutah terus cergas jalan sana sini. lega agaknya.. siap makan nasi lagi.. n then makan ubat dengan senang hatinya.. tak payah paksa2 makan ubat.. seronok betul.. abang pun selsema teruk.. tapi xsempat bagi makan ubat, dah tido.. penat kot.. asik kena jalan jer arini dia.. yalah kan abid tak sihat.. jadi dia kena la berkorban skit untuk adik dia kali ni.. :) n dia memang abang yang baik... :) n hopefully abid ok la.. kalo tak ok nampak gayanya mcam kena half day la esok .. kalo teruk gak.. hopefully takyah la.. coz kerja banyak.. n Pn Hana pun ada esok..

Sunday, February 22, 2009

Autisme??

20th February.. masa g ke Klinik Perubatan lita Alis.. my hubby ada bertanya pada doktor.. mengenai anak sulung kami, Adam Mustaqim yang masih belum bercakap pada usia 2 tahun 3 bulan.. So, doktor kata ada 2 kemungkinan:-
a) Maybe lidah dia pendek.. so mungkin pada usia 3 tahun, memerlukan sedikit pembedahan, memtong sedikit daging di bawah lidahnya dan pergi untuk terapi dan dia akan bercakap seperti biasa
b) Maybe dia adalah kanak2 autisme.. kanak2 Autisme seperti kata doktor, akan lambat bercakap dan susah untuk berdekatan dengan orang yang tak dikenali, akan lebih malu dsb.
So, aku pun search internet untuk Autisme.. but, before aku pun pernah membaca artikel2 mengenai Autisme ni, dan kebarangkalian dia kecil untuk abang.


Kesan Autisme Semasa Bayi Lagi



Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.
Masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.
Perkembangan dan tumbesaran setiap bayi berbeza; ada yang cepat dan ada pula lebih perlahan. Bagaimanapun di kalangan bayi autisme, perkembangan mereka biasanya lambat 18 bulan.Jika anak anda menunjukkan perkembangan terlalu perlahan, segera bawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan lanjut. Langkah ini membolehkan anak mendapat rawatan dan pendidikan khas supaya mereka boleh membesar dengan baik.Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:
Bayi tidak bercakap bahasa bayi seperti ‘ba ba atau ku ku’ ketika berumur 12 bulan.
Tidak membuat pergerakan bermakna seperti menunjuk ke satu arah pada umur 12 bulan.
Tidak boleh bercakap satu patah perkataan pun ketika berumur 16 bulan.
Tidak boleh bercakap ayat yang mengandungi dua patah perkataan apabila berumur dua tahun.
Hilang kemahiran bahasa atau sosial pada sebarang umur.

em..? Camna ye?

Wednesday, February 11, 2009

Late Posting - Holiday in Cameron on 30th January 2009

Sesaja je nak g ni.. bukan nak berbelanja pun.. saja nak bagi anak2 rasa sejuk.. hehe..tapi sebenarnya yang rasa sejuk tu diri sendiri.. sampai demam2.. anak2 relax jer.. haha..
Kami bertolak dari Putrajaya kul 8 pagi.. gi isi minyak dulu n reload touch n go.. bertolak lebih2 kurang kul 9 gak ler baru kuar dari Putrajaya.. n kami tiba di Tapah pada kul 11 lebih kot.. n berhenti sekejap kat Tol Tapah utk tukar pampers anak2 n bagi susu kat diaorang so diaorang tido ontheway ke atas.. n so they did.. diaorang tido.. so tak la nak risau, pening ke muntah ker kan..? so kami sampai ke atas baru dekat kul 1 ptg.. tak leh check in lagi so kami gi naik ke atas ke cactus tapi nak sampai ke sana pun lama gak.. jammed.. ramai lak orang.. sampai hangit gak le tayar keta sebab mendaki la katakan.. n then kami dah tak sanggup nak redah jammed lagi.. so ble dah jalan 2, 3 tempat yang tak ramai sangat orang tu, kami pun turun.. n jumpa dengan Angah n family kat Rumah Peranginan.. tapi sekali lagi takleh check in lagi coz.. ari ni Jumaat so kena check in kul 2.45 ptg.. so, kami bercadang gi makan dlu.. tapi naik satu kereta je.. senang skit.. lepas makan, hujan turun dengan lebatnya.. dan kami gilah checkin dan dapatla bilik sebelah2, dan leh buka pintu di tengah2.. kami pun rehat2 dlu.. yalah, nak kuar pun hujan lebat.. dan memang rezeki kami nak berjalan, hujan berhenti dalam kul 4 petang.. dan kami pun solat siap2, dan kuar lagi berjalan2.. satu kereta juga digunakan.. kami mendaki.. dan luckily tak banyak keta macam tengahari tadi.. dan ada la dua tiga tempat yang kami berhenti dan kami masuk ke Taman Rama2.. bayaran dewasa rm 5.00 seorang dan kanak2 rm 3.00 tapi kanak2 adalah dikira dari umur 3thn ke atas aja.. so , Ayim saja le yang dapat tiket.. yang lain sumer free.. :) tapi sebab petang agaknya, rama2 sumer tido.. cuma dapat tangkap gambar ajala, tak sempat la nak bermain dengan rama2.. then kami singgah beli makanan n terus balik ke rumah peranginan kerana dah maghrib. Esoknya, pagi2 kami buat perancangan untuk checkout dan naik ke atas membeli sayur2 n singgah mana tempat yang sempat dan terus turun.. before tu, kami breakfast dlu di Medan Selera di Brinchang.. baru beli sayur2, n skit souvenir untuk kawan.. n then on the way turun singgah di Ladang Teh tapi just untuk beli teh jer.. n then trus turun dan xsinggah di Air Terjun Lata Iskandar but kami berhenti di R& R Tapah nak beli Jambu jer n then kami berhenti makan & solat di R & R Ulu BErnam.. then trus balik umah.. hehe.. n sini ada gambar yang sempat ler diambil.. tak banyak pun.. :)

Tuesday, February 10, 2009

Check-Up Abid.. 10 Feb 2009

Ari ni juga adalah hari check up Abid.. dan guess what.. berat dia dh naik banyak.. sebelum ni.. 8.6 kg skrg dah 9.5kg! Kalo tak asal check-up je berat dia naik setakat 200g jer.. so ni adalah perkembangan yang baik kan? :) seronok rasanya, walaupun penat gak kat klinik tadi.. ramai sangat orang nyer.. penat tunggu, n penat dukun budak kecik tu.. hehe.. almaklumla dh berat kan.. :)

Banyak kerja remeh yang nak kena buat.. di ofis, n di rumah..

Aiseh.. cam lama je tak catit dlm blog.. sebab aritu, bile nak update trip family ke CH, internet kat umah ni cam problem jer.. nati ler.. nak update gambar anak2 kat Ch.. hehe..
and, today.. 10 February 2009.. ari busy Fareen Azlen memprint baucer.. haha.. tula dulu xnak print, skarang kan dah susah payah.. masih ada skit lagi utk print.. n lebih 100 baucer gak ler.. utk dimasukkan no eft.. haha.. tapi skrg dah ada pembantu utk kami.. jadi gunakan lah dengan baik.. so xpayah le nak cop2 lagi sumer kasi sama pembantu.. apa guna gaji dibayar mahal kan..?
and, satu lagi.. ari ni adik aku, Alif dah mula bekerja kat ofis.. dia pun kira pembantu gak ler.. tapi pembantu Awin la.. alhamdullilah dapat.. moga lepas ni dapat ler pulak dia kerja tetap.. n tomorrow, my hubby ada interbiu kat KLIA Sepang.. doa2 kan lah yer.. Good luck pa... :)
mana tau berkat hari lahir yang ke 28 esok.. dapat.. :) Amin..

Thursday, January 29, 2009

My 9th Years Friendship Anniversary..

Today, 28th Januari.. ni anniversary perkenalan aku n my hubby.. :) 9 thn berkawan la kira2nya.. n baru nak masuk 3 thn jer jadi husband & wife.. Bila kenang2 balik, besh kan.. :)Ari ni pun, my hubby baru jer balik dari Kenyir.. mancing dari 23hb Januari.. dah dia minat mancing.. tapi hasilnyer kali ni tak semeriah biasa dia g dlu.. maybe sebab ujan je kat Kenyir.. so, ikan pun susah la nak naik.. (ntahla.. aku bukan tahu sangat pasal mancing ni.. makan ikan tau ler aku ni) Kayla.. make it short.. too late already.. tomolow still working ma.. bye..

Wednesday, January 28, 2009

Nak imbas2 jer ni..
















Atas: Gambar Abid n Adam masa dlm lingkungan 5-6 bulan
Bawah : Gambar Abid n Adam selepas beberapa hari dilahirkan



Keja.. keja.. keja..

Iskh.. boring btul la.. cukup liat nak bangun ari ni.. mentang2 la dah banyak ari cuti.. hehe.. Ari ni pun saja2 je bangun lewat skit.. slalu kul 5.30 dh bangun, ni kul 6.15 baru bgn kan diri.. padahal dh sedar lama dh, saja golek2 atas katil.. budak2 pun tak mandi, cian kat dorang.. xbangun lagi tadi.. puas kejut.. kena angkat sorang2 letak atas stroller.. sebab dua2 xnak bangun jalan.. dorang pun dah biasa cuti lama ni.. selamat ada stroller buruk tu.. dah berjasa besar ni stroller tu.. dah goyang2 dah.. macam suruh beli yang baru plak.. haha.. harga stroller yang sama pun dh mahal skit.. yalah skrg kan harga barang2 kan dah naik.. iskh... kna la kumpul duit skit2 nak beli stroller.. hehe..

Tuesday, January 27, 2009

Cirit-birit..

Cirit birit.. em.. aku pun kerap kena gak ni.. tapi orang besar ni takpela kan.. pandai le nak kata sakit ke apa ker.. so bila anak2 aku kena cirit aku risau gak la.. lagi2 Abid.. sebab dia bila kena cirit, badan memang susut terus.. takleh sentuh langsung makanan yang bercirikan susu lembu..
Pagi2 tadi, around kul 4pagi, dia bangun.. menangis.. rupanya cirit lagi.. selamatla tak meleleh ke mana2 sebab aku lapik dengan tikar getah.. tapi kesian kat dia.. puas le aku tuam perut dia taknak bagi kembung.. Alhamdullilah, pagi ni.. kul 9 pagi.. dah ok dah.. bila jentik2 perut dia, xde pulak bunyi macam ala2 kembung angin.. :)

tapi, aku still surf internet utk tengok info mengenai cirit birit budak2 ni.. jom tengok sekali..

Cirit - Birit (Diarrhoea)

Pengenalan
Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Apakah Diarrhoea?
Diarrhoea adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa.
Diarrhoea akut – terjadi dengan tiba-tiba dan berterusan kurang daripada dua minggu
Diarrhoea teruk (kronik) – berterusan hingga lebih dua minggu.

Apakah penyebab diarrhoea?
Biasanya diarrhoea disebabkan oleh jangkitan pada usus disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Ia juga boleh disebabkan bukan kerana jangkitan tetapi ini sangat jarang berlaku.
Sebab-sebab jangkitan:Tranmisi biasanya berlaku daripada individu kepada individu yang lain

Bakteria
contoh.; Shigella, Campylobacter, Escherichia coli
Virus
contoh; Norwalk virus, Rotavirus
Parasit
contoh;. Giardia lambdia, Entamoeba histolytica

Bukan sebab-sebab jangkitan
Toleransi kepada makanan – tiada toleransi terhadaplaktosa
Reaksi ubat-ubatan
anti-biotik tertentu
Penyakit berkaitan usus – inflammatory bowel disease, sejenis penyakit yang mana tidak mampu untuk menghadamkan lemak.
Functional bowel disease (Penyakit fungsi usus) – irritable bowel syndrome (sindrom radang usus)

Apakah tanda-tanda dan simptom Diarrhoea?
Perut rasa memulas lebih kerap
Cirit-birit
Mual dan muntah-muntah
Demam
Hilang selera makan
Sakit perut/kejang
Kembung perut
Kanak-kanak mungkin kelihatan normal atau mungkin ada tanda-tanda dihidrasi.

Bagaimana mengenal dihidrasi?

Dihidrasi ringan dan sederhana
Mulut dan lidah kering
Bibir merekah
Tiada atau hanya sedikit sahaja air mata jika menangis
Gelisah
Tidak kencing sehingga 4-6 jam
Ubun-ubun kepala bayi tenggelam

Dihidrasi teruk (kronik)
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda berikut :
Kulit kering dan berkedut
Kanak-kanak kelihatan tidak bermaya, sangat letih dan tidak aktif
Enggan makan
Mata cengkung
Sukar bernafas
Nadi yang lemah dan cepat
Tangan dan kaki terasa sangat sejuk

Apakah tanda-tanda yang bahaya yang perlu diberi perhatian?
Dapatkan rawatan dengan cepat sekiranya anak anda ada tanda-tanda ini :
Tanda-tanda dihidrasi
Darah pada najis atau najis bewarna hitam
Cirit-birit yang berterusan hingga lebih 48 jam
Hilang berat badan
Mengantuk dan kelihatan lali
Demam > 38 darjah selsius
Enggan makan
Kesan komplikasi diarrhoea yang teruk?
Organ badan tidak berfungsi termasuk kegagalan ginjal
Jangkitan Sistemic (systemic infection)
Tiada toleransi terhadap laktosa peringkat sekunder (Secondary lactose intolerance)
Rasa sakit disekeliling kawasan dubur

Bagaimana mengurus kanak-kanak yang mendapat diarrhoea?
Rehidrasi
Penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang. Teruskan penyusuan susu ibu disamping memberi minum air garam rehidrasi (ORS) Sekiranya bayi tidak menyusu badan – teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) garam oral rehidrasi
Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan : ( Gunakan sudu atau picagari kecil)
Umur bayi 6 bulan ke bawah
30 hingga 90mls setiap jam
Umur 6 bulan hingga 1 tahun
90 hingga 120mls setiap jam
Umur atas 1 tahun
120 hingga 240 mls setiap jam

Fasa pemulihan
Apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut.
Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.
Keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.

Susu
Elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati
Dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk anak anda.
PerubatanPerubatan untuk menghentikan Diarea-hendaklah dielakkan kerana :
Tidak selamat untuk bayi dan anak
Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu
Anti-biotik
Secara umumnya tidak perlu –dapatkan nasihat doktor
Krim-krim semasa
Krim seperti jeli petrolium dan zink oksida boleh membantu melegakan kesakitan bahagian punggung bayi yang sakit.
Rawatan untuk Diarrhoea kronik
Siasatan dan penilaian terperinci perlu dilakukan sebelum menentukan rawatan yang khusus untuk kes-kes diarrhoea yang teruk

Bagaimana Diarrhoea boleh dicegah daripada kanak-kanak?
Minum air yang dimasak
Elak makanan yang mentah kecuali disediakan oleh anda sendiri dengan bersih.
Cuci tangan dengan bersih selepas menyediakan makanan, pergi ke tandas, menukar lampin dan sebelum memegang makanan.
Buang lampin pakai buang dengan betul

uish.. banyak gak ye.. em..

Penyakit kaki, tangan & mulut

Baru-baru ni dekat Taska Adam n Abid.. especially bilik Abid, ada dengar desas desus yang ada baby @ budak yang terkena penyakit ni.. n then dekat tangan and kaki Abid pun ada banyak bintik2 merah.. tapi bukan tu jer, Abid ada gak bintik2 merah ni kat belakang leher.. n ada kat kepala skit. So, oleh kerana risau, aku terus bawa Abid gi kelinik check.. tapi doktor kata bukan campak, coz Abid x demam.. n bukan juga penyakit kaki tangan & mulut ni coz.. bintik2 merah Abid bukan pada tapak tangan n tapak kaki.. so, aku pun sibuk le surfing internet ni utk mencari info-info berguna so aku tau apa simpton2 penyakit ni.. so, apa kata kita sama2 tengok.. n kalo ada sapa2 yang pernah anaknye or somebody yang dia kenal kena penyakit ni, kongsi2 la sekali..

Apa itu Penyakit Kaki, Tangan & Mulut?

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari. HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda2 dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:
Demam
Sakit Tekak
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
Sakit kepala
Hilang selera makan
Komplikasi
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam. Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan. N

asihat kepada Ibu Bapa / PenjagaIbu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Semoga kita akan lebih prihatin dengan keadaan anak2 kita..

Gaya-gaya Santai..


Hehe.. anak2 nie.. dia dah bangun jer mesti buka tv nak tengok Channel Playhouse Disney kat Astro.. haha.. sekarang tengah cerita Handy Manny.. Tadi baru lepas Mickey Mouse Clubhouse, dua cerita yang boleh membuatkan dorang takkan berganjak dari depan TV.. :) Ni la gaya-gaya santai dorang.. dahla lum mandi...

Cuba kita fikir-fikirkan..

Ada tak kita semua pernah fikir.. kenapa kita ni, manusia.. (bukan semua la agaknya..) suka sangat sibuk hal orang.. ada tak pernah kita fikir, macamana la orang yang kita sibuk2 kan tu.. perasaan dia.. kalo orang tu memang tak kisah kita menyibuk hal dia takpela.. ni orang tak suruh sibuk2, kenapa nak sibuk..? kalo orang tu nak bagitau barula kita leh nyibukkan diri kita utk tau hal dia, tapi kalo dia tak bagitau.. n tak moh bagitau lagi, watpe nak sibuk2.. n then sibuk2 pulak sebarkan hal orang yang disibuk2 kan tu kat orang lain.. Apa la cerita orang2 yang suka menyibuk ni kan.. dah tak cukup kain kat diri sendiri kot yang sibuk2 sangat nak jaga sekali kain seluar orang lain.. Rasa-rasa faham tak apa yang aku tulis ni.. haha.. cuba-cuba la fahamkan yerk..

My Sons.. Adam & Abid


From left: Adam Mustaqim, Abid Mursyaffa

Kesian..


Baru je Jumaat lepas, Adam balik dari Taska and kesian dia cirit.. Tapi tak teruk la.. sebab dalam ari tu, bukan la setiap kali dia minum susu dia cirit.. cuma sekali je sehari.. so, bila ari Ahad.. cirit dia masih tak stop.. so decide berhentikan susu Dutch Lady 123 yang dia minum skrg for awhile n bagi dia Bebelac Fl utk cirit.. then okla pulak dia ari ni.. Isnin.. so, tak le buka susu Bebelac yang dah beli tu.. jauh tau beli.. kat Giant Kota Damansara.. (kebetulan balik umah mak kat Sg Buloh) then hari ni (Isnin) balik le umah dengan anak2, bertiga jer.. tapi tak sangka pulak, si kecik tu .. Abid pulak yang cirit.. lagi teruk dari Adam.. kesian plak dia.. kembung perut nya.. jadi buka jugala susu Bebelac tu sebab dia takleh langsung minum susu Dutch Lady 123 ni bila dia cirit.. walaupun dicairkan.. so, buat masa sekarang ni tak le plak cirit.. tapi still tidorkan dia atas tikar getah.. at least, xle kena kat cadar ke tilam ke.. kalo dia tercirit lagi.. kesian plak budak2 ni.. Abid asalkan nak g check-up kat klinik jer mula la cirit.. then bil;a timbang ala ala cukup makan jer.. nati Nurse mesti kata tak kasi makan.. aiseh.. padahal Abid ni kuat gak makan dari Adam.. doa2 kan la berat dia tak turun sangat nati masa check-up 3 Februari ni kat Klinik Putrajaya.. :)

Me, Myself, I n' my family.. kenapa tajuk ni dipilih?? em..


Hallo..

sebenarnya, sesaja je nak cuba, try, test.. memasuki alam blog ni.. nak rasa camna gak nyer perasaannye ada blog sendiri.. maybe mungkin bukan utk tontonan umum, maybe for myself je.. n for my family.. n maybe juga utk tontonan rakan2, sedara mara, n so so on.. hehe..

oklah, sebenarnya tajuk ni dipilih kerana, blog ini akan lebih berkisar mengenai diri sendiri,.. n of coz my family.. kerana aku memang amat2 bangga bercerita tentang family aku.. at least , some day.. masa i dah tak baper nak ingat.. (manala tau.. tapi arap2 takle lupa..) so.. i'll remembered all sort of things, insyallah with the help of my blog.. sapa tau kan?? oklah.. kite cite kat tempat lain plak.. till then.. bubye..