Tuesday, January 27, 2009

Penyakit kaki, tangan & mulut

Baru-baru ni dekat Taska Adam n Abid.. especially bilik Abid, ada dengar desas desus yang ada baby @ budak yang terkena penyakit ni.. n then dekat tangan and kaki Abid pun ada banyak bintik2 merah.. tapi bukan tu jer, Abid ada gak bintik2 merah ni kat belakang leher.. n ada kat kepala skit. So, oleh kerana risau, aku terus bawa Abid gi kelinik check.. tapi doktor kata bukan campak, coz Abid x demam.. n bukan juga penyakit kaki tangan & mulut ni coz.. bintik2 merah Abid bukan pada tapak tangan n tapak kaki.. so, aku pun sibuk le surfing internet ni utk mencari info-info berguna so aku tau apa simpton2 penyakit ni.. so, apa kata kita sama2 tengok.. n kalo ada sapa2 yang pernah anaknye or somebody yang dia kenal kena penyakit ni, kongsi2 la sekali..

Apa itu Penyakit Kaki, Tangan & Mulut?

Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari. HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda2 dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:
Demam
Sakit Tekak
Ulser pada tekak, mulut dan lidah
Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 - 7 mm) pada tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
Sakit kepala
Hilang selera makan
Komplikasi
Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam. Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan. N

asihat kepada Ibu Bapa / PenjagaIbu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD. Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital. Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Pencegahan

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.
Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
Anak-anak hendaklah dijauhkan daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Semoga kita akan lebih prihatin dengan keadaan anak2 kita..

No comments:

Post a Comment