Sunday, February 22, 2009

Autisme??

20th February.. masa g ke Klinik Perubatan lita Alis.. my hubby ada bertanya pada doktor.. mengenai anak sulung kami, Adam Mustaqim yang masih belum bercakap pada usia 2 tahun 3 bulan.. So, doktor kata ada 2 kemungkinan:-
a) Maybe lidah dia pendek.. so mungkin pada usia 3 tahun, memerlukan sedikit pembedahan, memtong sedikit daging di bawah lidahnya dan pergi untuk terapi dan dia akan bercakap seperti biasa
b) Maybe dia adalah kanak2 autisme.. kanak2 Autisme seperti kata doktor, akan lambat bercakap dan susah untuk berdekatan dengan orang yang tak dikenali, akan lebih malu dsb.
So, aku pun search internet untuk Autisme.. but, before aku pun pernah membaca artikel2 mengenai Autisme ni, dan kebarangkalian dia kecil untuk abang.


Kesan Autisme Semasa Bayi Lagi



Autisme adalah gangguan perkembangan otak yang dicirikan masalah hubungan sosial, komunikasi, emosi, kurang kebolehan imaginasi dan bermain serta menunjukkan tingkah laku terhad dan berulang; biasanya berkaitan minat, aktiviti dan perangai.
Masalah autisme boleh dikesan ketika bayi lagi. Bagaimanapun, biasanya ia hanya disedari kebanyakan ibu bapa apabila anak mencapai usia tiga tahun.
Perkembangan dan tumbesaran setiap bayi berbeza; ada yang cepat dan ada pula lebih perlahan. Bagaimanapun di kalangan bayi autisme, perkembangan mereka biasanya lambat 18 bulan.Jika anak anda menunjukkan perkembangan terlalu perlahan, segera bawa berjumpa doktor untuk dibuat pemeriksaan lanjut. Langkah ini membolehkan anak mendapat rawatan dan pendidikan khas supaya mereka boleh membesar dengan baik.Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:
Bayi tidak bercakap bahasa bayi seperti ‘ba ba atau ku ku’ ketika berumur 12 bulan.
Tidak membuat pergerakan bermakna seperti menunjuk ke satu arah pada umur 12 bulan.
Tidak boleh bercakap satu patah perkataan pun ketika berumur 16 bulan.
Tidak boleh bercakap ayat yang mengandungi dua patah perkataan apabila berumur dua tahun.
Hilang kemahiran bahasa atau sosial pada sebarang umur.

em..? Camna ye?

1 comment:

  1. Yeke kak....
    so aper tindakan selanjutnye????

    ReplyDelete